Ahad, 20 November 2011

Bahana Seks sebelum akad Nikah menyebabkan Anak Luar Nikah.

"Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Timbalan Menteri berkenaan Heng Seai Kie berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570)." -Harian Metro-
Mayat bayi
Berdasakan dengan angka diatas, ia bukanlah satu angka yang kecil. Ia melibatkan angka yang amat besar sekali. Setiap tahun semakin meningkat angka tersebut dan ini memang amat membimbangkan sekali. Kemanakah perginya sifat perikemanusiaan? Saya begitu kesian sekali dengan bayi yang dilahirkan yang tidak cukup bulan ataupun yang sudah sempurna sifatnya sehingga ia dapat digelar seorang Manusia. Tetapi begitu tergamak sekali si pelaku membuang Bayi yang tidak berdosa tersebut. Apalah salahnya berikan Bayi tersebut kepada Pihak Hospital atau pihak-pihak yang berkenaan. "Berani buat berani tanggung"


Perkara tersebut dapat dicegah jikalau si pelaku tidak mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan sebaya untuk mencuba perkara yang kurang bermoral tersebut iaitu Seks. "Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk jadikan sepadan". Kalau sudah berkemampuan Nikahlah. Kerana Nikah dapat menyelamatkan anda dari perbuatan tersebut.


Dan ingatlah, terimalah nasihat dari seseorang yang selalu menasihat anda walaupun ia pahit sekali untuk diterima. Kerana pada suatu hari nanti anda akan pasti akan menyesal kerana tidak menerima nasihat dari orang tersebut. Bila perkara tersebut sudah berlaku, nasi jadi bubur tidak akan dapat menjadi nasi semula. Menangis sampai berdarah air mata pun sudah tidak berguna lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan