Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan

Isnin, 10 September 2012

Hurmm

Salam. Hai bertemu kita lagi pada hari yang indah ini. hehehe. baiklah hari ini aku nak bercerita ttg misi yang akan aku buat dalam 51 hari ke hadapan. Apakah misi tersebut? jeng jeng jeng...ok aku beri hint. Ia ada kaitan dgn kesihatan. hohoho. ok tu je. tak leh nak tau lebih2..nnt tak surprise. hehehe. orite guys nntkan kemunculan aku dalam masa tersebut ok? hehehe.

Ok cukup dgn misi2 tersebut. hehehe. hari sabtu tu aku pegi outing dengan Sony n Canon punya group. Sempena dgn TYT punya birthday. wow..mmg ramai lah orang masa itu. hehehe. itu lah first time aku pergi photoshoot dgn photographer dari 2 group. hehehe. sbb sebelum ini aku keluar dgn Nikon je. hehe. So takpe lah kan kalo keluar an geng2 lain? hehe. overall smua mereka ok2. hehe.

ok. Until here first..tomorrow aku keluar lagi pergi photoshoot dgn mereka. Fuhh...hopefully aku terus bergiat aktif dalam bidang photography. tak sia2 beli camera mahal2. hehe. Ok see you again tomorrow. asalamualaikum.

Jumaat, 7 September 2012

Cinta?

Assalamualaikum semua. Hehehe. Lama betul tak update ini Blog. Aiyoo...sorry banyak2. Sibuk punya pasal. Hehehe. Ok hari ini tiba2 teringatkn tentang Cinta? Apa itu Cinta? Well Cinta itu Cinta. Hehehe.

Okay, seriously aku sendiri pun tak tahu apa itu Cinta. Hehe. Bohong!. Eh, betul...aku cakap betul punya. Hehehe.

Based on my observation, (cakap omputih jap) Cinta itu dari mata turun ke hati. Cinta itu menjadikan 2 hati menjadi 1. Aaaa apa lagi ow??? Aku sendiri pun tak tau. 

Pernah tak jatuh Cinta? 
-Aku? Pernah...manusia mana yang tak pernah jatuh Cinta? Cinta itu merupakan sat anugerah Allah kepada hamba-Nya. Cinta itu amat suci pada asalnya. Tapi manusia zaman sekarang yang tak tau nak menghargai Cinta dan mengurus Cinta tersebut dengan bagus2.

Ok, berbalik kepada jawapan tadi, dulu memang pernah aku jatuh Cinta dengan seseorang tapi, haaa ada tapi juga. Aku tidak pernah nak meluahkan perasaan aku terhadap dia. Why? The because is, aku tak nak terjebak dalam alam percintaan yg disaluti dengan maksiat, janji2 kosong yang tak habis2, dan zina. Jadi aku lepaskan dia mcm tu je. :) So I save me and her daripada terjebak dalam kancah yg tak membawa apa2 keuntungan. Alhamdulilah.

Perempuan itu cantik tak?
-SubhanAllah dia mempunyai rupa paras yg begitu okay2. hehehe. Boleh dikatakn ada pakej jugalah.

Kenapa tak luahkan perasaan kau kat dia?
-Weeiii aku dah jawab pon soklan tu tadi. Tu tgk kat atas.

Kau EGO kan?
-Yes, memang aku EGO. Tapi EGO yg bertempat. Hehe.

Yes, seriously aku perhatikan kwn2 aku yg terjebak dlm situasi mcm ni memang kesian aku tgk. Kesian sngt2. Lebih2 lagi kawan2 perempuan aku.

Status kau skng?
-Aku masih lagi single. Dari dulu lagi aku single. Tak caya? Terpulang. Sebab aku skng nih fokus dan tengah memperbaiki diriku utk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Bro, before you want to tackle a girl, make sure your love with Allah S.W.T is 100% or more. Kenapa? Cinta dengan Allah S.W.T itu kekal abadi sampai bila2. Itulah yg tengah aku target skng.

Jadi tak nak bercinta dgn manusialah?
-Bukan tak nak, aku masih merasakan diri aku ini belum layak lagi nak bercinta dengan manusia. Sedangkn Cinta dengan Allah lagi terumbang ambing apatah lagi dengan manusia. Aku tak nak lah gadis yg bakal bersma aku nanti merasa kesal n kecewa dgn aku. Aku tak nak itu. TAK NAK! TAK NAK! Bila tiba masa itu nnt, insyaAllah aku akn bersedia.

Jadi planning sekarang apa?
-Aku? Kerja. Timba ilmu agama sebanyak yang mungkin. Untuk apa? Untuk bakal isteri aku dan anak2 aku kelak. Ingat tu, apa tujuan kita datang kat dunia nih. Tidak lain tidak bukan adalah untuk beribadah. Menghabaka diri kepada-Nya. Aku akan cuba sedaya upaya. Hehe.

*Wahai bakal isteri aku, bersabarlah engkau disana kerana aku sedang berusaha untuk menjadi seorang muslim yang bagus. Aku harap engkau pun buat perkara yang sama. Supaya bila kita bersatu nanti, kita akan kuat menghadapi ujian yang melanda kita. Amin.

p/s : I will always love you ya ukthi. From akhi.

Rabu, 13 Jun 2012

Passport dengan Maybank

Asalamualaikum kepada anda semua. Hehehe. Baiklah hari ini aku ingin bercerita sikit dengan urusan yang aku buat dari pagi sampai ke petang.

Pada waktu pagi kira2 jam 10.00 pagi tadi aku ke Jabatan Imigresen Malaysia utk buat passport. Hehehe. Ini kali pertama aku buat passport tau! Masa pegi ke counter pertanyaan, aku tnyalah org kat counter tu. Hehe.
Aku : Encik, kmk nak buat passport pergi ke Brunei Darulssalam. Apa perlu kmk polah ho?
Encik Imigresen : Ktk cuma perlu isi borang, dengan 2 keping gambar passport berserta wang RM50. Ya ajak.
Aku : Oh. Ngamlah tok. Tok nya Encik.
Encik Imigresen : Ok. Kelak kmk aturnya.
Aku : Terima kasih (sambil tersenyum)
Encik Imigresen : Sama2. (senyum)
Jabatan Imigresen Malaysia


Jadi urusan aku dengan Jab. Imigresen pun selesai. Hari Jumaat ini aku kena pergi lagi sbb nak amik passport. Yelah...mcm mana nak ke Brunei kalau takda passport? Hehehe.

Contoh Kad Maybank aku. Kihkihkih.
Selesai urusan aku dengan passport. Kira2 jam 11.15 nak dekat-dekat tengahari mcm tue. Aku ke Maybank. Tujuan aku ke Maybank ni sbb nak buka akaun baru. Hehehe.
Kenapa buka akaun baru??? Ala ada sebablah tue. Mana boleh b'tau. hahaha. Kira2 jam 12.30 baru urusan aku selesai. Penat wei tunggu. Tapi takpa dalam bank ada air-cond. Jadi relax2 je. Hehe. Selesai dgn Bank aku pun balik ke rumah.

The End
*menarik tak cerita aku? Hehehe. Sorrylah sebab lama tak update blog. Sejak kebelakangan ini aku sibuk. Hehehe.

Jumaat, 1 Jun 2012

Sakit hati yang dah sampai tahap maksima!

Assalamualaikum semua. Aku betul-betul tension an orang itu. Ini dah masuk entah yang keberapa kali sudah dia buat hal kat rumah aku. Sebelum-sebelum ini aku hanya mampu bersabar dan terus bersabar. Aku beri peluang untuk kau berubah tapi kau ulangi juga perkara yang sama. Baik, kali ini aku tak bagi peluang lagi. Sebab tahap kesabaran aku sudah melepasi tahapnya. Aku memang dah betul-betul tak dapat terima lagi perbuatan orang tersebut. Harus diberi pengajaran untuk dia ingat sampai bila-bila.

Kali ini kes yang aku alami sama seperti kejadian sebelum ini, tapi yang kali inilah peristiwa yang paling advance dan aku kerugian yang teramat sekali kerana orang itu. Aku tidak mampu berkata apa lagi. Kali ini aku akan bertindak dengan menggunakan cara apa yang patut. Siapa-siapa pun yang mengalaminya pasti juga akan rasa sakit hati dan sedih. Sebagai contoh, kalau anda kerugian 4 ribu lebih dengan hasil wang anda sendiri. Tak kan anda membiarkan begitu sahaja? Tanpa mengambil sebarang tindakan? Betul tak? Kalau anda tidak mengambil tindakan dan membiarkan ia nya macam itu saja, anda memang hebat! (wa salute sama lu!) Aku juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabarannya yang tersendiri. Selama ini aku hanya berdiam diri dan membiarkan ia nya berlaku begitu saja tapi kali ini aku tidak akan lepaskan orang itu.

Wahai Fulan Si Fulan, aku selama ini hanya membiarkan kau buat sesuka hati saja terhadap aku dan keluarga aku. Baik, aku cuma mampu bersabar dan terima apa yang kau telah buat kat aku pada saat itu. Pada hari ini...mulai saat ini yang bertarikh 1.6.2012 aku akan mula bertindak dan membuat apa yang setimpal dengan apa yang kau telah buatkan pada aku. Ingatlah dengan kata-kata aku ini. Kau beri aku najis...aku beri kau lebih daripada itu. Kau tunggu dan lihat saja apa yang akan terjadi pada diri kau.

Sabtu, 26 Mei 2012

Aku Tanpa CintaMu

Asalamualaikum semua. Pada malam ini aku ingin kongsikan sebuah lagu utk anda smua. Rasa-rasanya korang pernah dengarlah. Video? Macam biasa search kat YouTube. Hehe.

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
C/O:
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Tajuk Nasyid : Aku Tanpa CintaMu
Artis : Mirwana
Feat : Jay Jay

Selasa, 22 Mei 2012

Kau satu-satunya

Tajuk/Lirik Lagu: Kau Satu-satunya
Penyanyi: Ukays
Oh.. siapalah diri
Aku ini
Tanpamu.. Dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi
Kau bagiku.. satu-satunya
Padamu lah
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi
(*)
Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua ku berada
Ditemani cahya cinta
Sejak dirimu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua
Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta.. bukan nama.. bukan rupa…
(ulang *)
Kau.. bagi diriku
Satu-satunya
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi.. ooo.

*mood nak nyanyi hari ni. Hayati lirik nescaya ANDA akan faham apa maksudnya. Hehehe. Video? Cari kat youtube.

Rabu, 16 Mei 2012

Hanya Tuhan yang tahu

Jadi pada malam ini aku dendangkan anda dengan lagu Nasyid (UNIC) *video search kat YouTube. Hehe.

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Lagu : Manis Helma
Lirik : Manis Alia & Atie

Kerana Cinta

Assalamualaikum kepada pembaca hehehe. Dan selamat pagi. Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T sebab diberikan peluang sekali lagi untuk hidup. Okay. Tanpa melengahkan masa. Aku straight to the point. Pada pagi yang indah mulia ini aku ingin kongsikan sebuah lirik mengenai Cinta. Liriknya berbunyi begini.

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan.. 

Bagi aku...ya setuju dengan lirik tersebut. Hehe. Lagu tersebut dibawa oleh Munsyid : In-Team, Mestica.

Ahad, 13 Mei 2012

Sarapan pagi


       Jam di handphoneku menunjukan pukul 10.00 pagi. Pada waktu itu aku masih lagi bersembang-sembang dengan kawan-kawan ku. Kawan ku si Faizal datang kearah ku sambil bertanya.
"Bro,, tengah buat apa tu.". Aku pun menjawab. "Takde buat apa-apa pun ni. Tengah download cerita kegemaranku. Mihrab Cinta" Selepas itu satu soalan diajukan sekali lagi tapi kali ini bunyinya agak hampir sedikit dari soalan yang pertama. "Bro tak keluar ke nanti?" Aku menjawab, "Aaa.hari nie aku rasa tak nak keluarlah, malas. Bagus duduk kat rumah." Tidak lama selepas itu handphone ku berbunyi. 1 mesej diterima oleh ku. Tapi aku tidak menghiraukannya sebab aku beranggapan bahawa itu mesej datangnya dari Celcom. Aku selalu terkena kes macam itu. Aku terus menatap komputer ribaku tanpa mempedulikan handphoneku. Tidak sampai seminit, ku mengalihkan pandanganku ke arah handphone ku. Aku berasa lain sekali. Belum sempat ku mencapai handphoneku tiba-tiba daun pintu bilik ku diketuk. Kemudian kawan ku pergi tolong membukakannya untuk aku. Aku tidak mempedulikan kawan ku sebab sibuk nak baca mesej yang ku terima.
       Ku slidekan handphoneku, tekan Menu seterusnya ke Messging dan terus ke Inbox. Alangkah terkejutnya aku apabila mesej yang kuterima dari Si Dia. Ya,Allah apakah ini satu cubaan daripada-Mu kepada aku. Mesej itu berbunyi. "Awak, siap sedia ye. Sebab saye ada surprise untuk awak...kejap lagi saya datang. :D".
      Saat aku habis membaca mesej tersebut, kawan ku bersuara "Itu dia. Lagi duduk melepak dengan komputer ribanya". kata si Faizal sambil senyum memerhatikan aku. Aku tergamam seketika apabila ku melihat seorang gadis berbaju biru muda, tudung labuh, matanya yang berseri, senyumannya yang manis dan wajahnya cantik yang tidak jemuku pandang.
Si Dia "Eh awak tak sedia lagi ke? katanya sambil mengukirkan sebuah senyuman.
Aku "Saya sudah sedia nie. Lagi tengah update status kat Facebook tadi". kataku sambil membalaskan senyumannya.
      Si Dia "Kalau macam itu. Jom kita pergi sekarang. Aaa nanti awak pandu kereta ye. katanya dengan nada manja. Aku cuma mampu menggangukkan kepala. Jauh dilubuk hatiku masih tertanya kemanakah destinasi yang hendak dituju dan apakah kejutan yang ingin diberikan kepadaku.
      Setelah sampai ke destinasi, sebelum keluar dari kereta si Dia berkata sambil tersenyum" Awak, hari nie saya akan bawa awak berjumpa dengan keluarga saya untuk sarapan pagi bersama-sama". Aku begitu terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa. Si Dia berkata lagi "Tenang awak, kita pergi sarapan pagi je pun jangan takut". Aku berkata" Ini ke kejutan yang awak mahu berikan kepada saya tu?" Si Dia membalas sambil tersenyum" Yup. InsyaAllah semuanya akan baik. Ingat tu." Kami pun sama-sama jalan ke ruang restoran yang hendak dituju. Pada saat itu aku melihat dalam restoran itu keadaannya agak menarik.
      "Haa..itu pun mereka sudah sampai...amboi memang secocok sangat mereka berdua ini" kata salah seorang dari meja makan. Kami berdua tersipu malu dengan gurauan yang ditujukan. Tanpa membuang masa Si Dia terus memperkenalkan diriku kepada ahli keluarganya. "Baiklah semua inilah dia insan yang saya ceritakan selama ini. Nama dia Encik Wasli. Encik, sila perkenalkan diri anda Encik Wasli". katanya lagi. Aku menjawab"Eh bukankah sudah diperkenalkan? Semua ahli keluarganya ketawa dengan gelagat kami berdua. Setelah itu kami pun mengambil tempat duduk masing-masing. Maka kami pun mula menjamu selera. Masa tengah menjamu selera aku memerhati setiap wajah ahli keluarga Si Dia. Ya Allah, layakah aku menjadi menantu ahli keluarga ini kata hati kecilku. Semua ahli keluarganya mempunyai latar belakang agama yang agak baik. Aku pun terus memerhati dan tiba-tiba pandangan ku terhenti seketika. Oh itu dia wajah Si Dia...aku melihat Si Dia sibuk makan. Si Dia perasan dan terus tersenyum memerhatikanku. Aku pun membalas juga senyuman Si Dia.
       Setelah selesai menjamu selera kami berdua pun meminta izin untuk pergi. Aku bersalaman dengan ahli keluarga Si Dia. Ahli keluarga Si Dia senang dengan kehadiran ku dan berpesan kepada Si Dia supaya menjemputku makan bersama mereka sekali lagi. Si Dia menjawab"InsyaAllah. Ada jodoh apa salahnya makan bersama sekali lagi". katanya senyum dan memerhatikan ku. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka dan kami berdua pun pergi dari situ.
        "Terima kasih awak sebab menjemput saya sarapan pagi bersama dengan keluarga awak. Ya Allah saya sangat terkejut dengan kejutan yang awak berikan ini." kata ku sambil memerhatikannya.
"Sama-sama wahai bakal suami dan Imamku. Lain kali ada masa awak bawa saya berjumpa dengan keluarga awak ye." katanya sambil tersenyum.
"InsyaAllah awak, baiklah saya terpaksa pergi dulu sebab nak Solat Zuhur. Dah nak masuk waktu ni." kataku kepada Si Dia.
"Baiklah awak." katanya sambil tersenyum.
Sebelum Si Dia pergi, aku berkata "Eh kejap...sini...sini..." Si Dia kebinggungan "Apa dia"? Aku berbisik ke telinga Si Dia "Doakan mudah-mudahan jodoh kita berpanjangan ye". Si Dia terkejut dengan tindakan ku itu kemudian Si Dia menjawab" Amin...amin...amin Ya Rabb".

*cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Lama tak tulis cerita gitu. Hehe.

Rabu, 21 Disember 2011

Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah kerana telah memberikan kesempatan untuk kita menjalani kehidupan pada hari ini. Baiklah hari ini merupakan hari yang amat bermakna buat saya kerana buat pertama kali saya mengikut untuk menunaikan Fardu Kifayah.(memandikan mayat) bersama dengan Imam Masjid ditempat saya.

Saya berasa amat "nervous" sekali kerana buat kali pertama memandikan mayat. Sebelum ini, saya hanya belajar teori dan sedikit praktikal. Tapi kali ini saya betul-betul berdepan dengan mayat. Pengalaman pertama yang saya hadapi ketika masuk bilik mayat adalah ketika berhadapan dengan mayat tersebut. MashaAllah, perasaan saya pada masa itu sangat gementar sekali.
Bilik Mayat
Setelah itu, kami terus memulakan proses memandikan mayat tersebut.
Antara Ahli yang menguruskan Jenazah
Setelah selesai dengan mandi, langkah seterusnya ialah mengkafankan mayat tersebut.
Hanya sekadar gambar hiasan
Langkah yang terakhir ialah menyembahyangkan jenazah. Maka kerja kami berakhir disitu sahaja. Tanam-menanam dan yang sewaktu dengannya diuruskan oleh ahli keluarga. Kerana mereka semuanya berasal dari Indonesia.

Pesanan untuk saya dan anda. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu, PASTI AKAN MERASAI MATI. Sekian saja daripada saya pada perkongsian pada hari ini.


Ahad, 20 November 2011

Bahana Seks sebelum akad Nikah menyebabkan Anak Luar Nikah.

"Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Timbalan Menteri berkenaan Heng Seai Kie berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570)." -Harian Metro-
Mayat bayi
Berdasakan dengan angka diatas, ia bukanlah satu angka yang kecil. Ia melibatkan angka yang amat besar sekali. Setiap tahun semakin meningkat angka tersebut dan ini memang amat membimbangkan sekali. Kemanakah perginya sifat perikemanusiaan? Saya begitu kesian sekali dengan bayi yang dilahirkan yang tidak cukup bulan ataupun yang sudah sempurna sifatnya sehingga ia dapat digelar seorang Manusia. Tetapi begitu tergamak sekali si pelaku membuang Bayi yang tidak berdosa tersebut. Apalah salahnya berikan Bayi tersebut kepada Pihak Hospital atau pihak-pihak yang berkenaan. "Berani buat berani tanggung"


Perkara tersebut dapat dicegah jikalau si pelaku tidak mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan sebaya untuk mencuba perkara yang kurang bermoral tersebut iaitu Seks. "Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk jadikan sepadan". Kalau sudah berkemampuan Nikahlah. Kerana Nikah dapat menyelamatkan anda dari perbuatan tersebut.


Dan ingatlah, terimalah nasihat dari seseorang yang selalu menasihat anda walaupun ia pahit sekali untuk diterima. Kerana pada suatu hari nanti anda akan pasti akan menyesal kerana tidak menerima nasihat dari orang tersebut. Bila perkara tersebut sudah berlaku, nasi jadi bubur tidak akan dapat menjadi nasi semula. Menangis sampai berdarah air mata pun sudah tidak berguna lagi.



Sabtu, 12 November 2011

Hari yang sibuk

Assalamualaikum kepada semua para pembaca(itu pun kalau ada pembaca hehehe), apa khabar anda pada hari ini? Maaflah sebab lama tak update blog sebab sibuk dengan assignment, kelas dikolej dan luar kolej. Tambah lagi dengan masa yang semakin suntuk. Dekat nak final exam.

Baiklah disini saya ingin kongsikan kepada anda tentang beberapa perkara yang telah saya lalui sejak kebelakangan ini. Perkara pertama yang saya ingin konsikan adalah berkenaan dengan Solat. Ya, Solat adalah sesuatu yang amat penting sekali bagi umat Islam. Ianya WAJIB. Adakah anda menjaga Solat anda? Hehehe. Jadi perbaiki Solat anda. Yalah kita ini manusia. Tidak semuanya sempurna. Adanya bocor sana-sini. Eh saya juga mempunyai kelemahan dan kekurangan. Dan masing-masing ada kelebihan. Apa yang penting kita selalu Istiqamah untuk memperbaiki diri sendiri. InsyaALLAH pasti ada perubahan dengan berusaha. Pesanan ini juga ditujukan pada saya terutamanya dan juga para pembaca.

Seterusnya, ada suatu ketika saya termenung dan berfikir seketika dengan melihat alam yang begitu indah sekali. Yang membuat saya kagum apabila saya melihat keindahan ciptaan-Nya seperti awan-awan yang berada diatas kepala kita ini. Sekali pandang, MASHAALLAH begitu indah sekali tanpa ada cacat sedikit pun. Tidak perlu tengok jauh-jauh. Cukuplah sekadar memandang kearah diri kita. Begitu sempurna anggota badannya, raut wajah dan macam-macam lagi.(alhamdulilah) Betapa hebatnya ALLAH mencipta makhluknya. Ingatlah, apa yang ada dimuka bumi ini semuanya milik ALLAH. Kita? urmmm cuma AMAL saja yang akan menemani kita bila kita dikubur. Jadi janganlah kita nak berlagak samseng diatas muka bumi ALLAH ini. (Astargfirullah, ampunilah dosa-dosa kami ini ya ALLAH, kami yang telah leka dengan keindahan dunia yang penuh dengan penipuaan ini dan bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai).

Ingatlah bahawa dunia ini hanya sementara sahaja. Saya selalu memperingatkan diri saya bahawa, hidup kita didunia ini hanya sebagai perantau. Singgah sekejap untuk cari bekalan untuk HARI YANG AKAN DATANG DAN YANG KEKAL ABADI IAITU AKHIRAT. Kalau anda fikir setelah anda mati maka itulah pengakhirannya. Maka anda silap. Sebab selepas kematian didunia, ada lagi kehidupan yang kedua. Dikehidupan yang kedua inilah yang mementukan samada kita berada disyurga atau disebaliknya. Bergantung dengan amalan kita didunia. Renung-renungkanlah.

Baiklah sampai disini dahulu perkonsian yang saya ingin saya sampaikan. Pada masa akan datang saya akan tambah lagi apa yang patut. Assalamualaikum.



Khamis, 3 November 2011

Alhamdulilah rentak ku telah kembali.

Salam semuanya. Harap anda sihat hendaknya ye? Baiklah hari ini aku tak nak cakap dengan panjang lebar sebab letih sangat. Alhamdulilah semalam aku pergi ke rumah Ustazah untuk memperbaiki dan memantapkan bacaan Al-Quran. Alhamdulilah aku telah dapat kembali rentak bacaan ku dan ada peningkatan dari segi vokal bak kata Ustazah ku. Hehe. Aku gembira dengan perkembangan tersebut. Sebelum tidur aku mengulang kaji bacaanku.

Alang-alang ulang kaji bacaan, aku akan berusaha juga untuk menhafal keseluruhan 30 Juzuk Al-Quran tersebut. InsyaALLAH. Bunyi macam MUSTAHIL bukan? Tapi itu TIDAK mustahil bagiku. Hehe. Aku dapat rasakan setiap kali mendengar bacaan Al-Quran, aku seolah-olah faham akan maksud serta isi kandungan Al-Quran tersebut. Tapi tak berani nak mengulas sebab belum bertauliah. Hehe.

Setakat ini aku hanya menghafal sedikit sahaja surah. Antaranya adalah Surah Yassin dengan Surah Al-Mulk. Yang lain On The Way. Baiklah setakat ini dulu catitan ku hari ini. Assalamualaikum.

Sabtu, 10 September 2011

Aku hanya mencintai dia ( Silent Mode)

Cukup cintai ia dalam diam…
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia… tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Karena diamku adalah salah satu bukti cintaku padanya …
Ku ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Ku tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diamku memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..


Karena diamku bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang ku cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu …



Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
karena tiada yang tahu rencana Tuhan. Sekian wasalam.

Khamis, 8 September 2011

Kenangan pada hari Selasa (06.09.2011)

Selamat sejahtera. Baiklah pada hari ini saya ingin kongsikan satu pengalaman yang saya ingat sampai bila-bila dan akan menjadi pengajaran kepada saya sampai bila-bila pun.

Jadi kisahnya bermula begini. Pada pagi yang begitu indah dengan suasana cuaca yang agak panas terik. Saya telah membuat satu perancangan untuk pergi bersiar-siar disekitar kawasan Bandaraya Miri pada pagi itu.
Tapi semua perancangan saya berubah pada masa itu, tidak seperti yang saya jangakan. Saya menerima perlawaan daripada rakan saya yang berada di Bekenu untuk beraya ke rumahnya. Pada mulanya saya menolak. Secara kebetulan pula uncle saya teringin juga pergi ke Bekenu. Jadi saya pun ikut juga kehendak dia. Jadi saya dan uncle pun teruskan perjalanan ke Bekenu.
Buah Kelapa Sawit ditengah-tengah Pekan Bekenu
Setelah kami tiba didestinasi, iaitu Pekan Bekenu, saya pun menghantar pesanan ringkas (sms) kepada rakan saya yang berada di Bekenu. Dengan hasrat yang berkobar-kobar dan harapan yang tinggi saya berharap dapat beraya di rumahnya. Tapi semua itu hanya mimpi disiang hari. Banyak sms telah dihantar kepadanya untuk menyatakan hasrat saya untuk beraya dirumahnya tapi begitu banyak sekali alasan yang diberikan. Nampak gayanya tuan rumah tidak senang dengan kedatangan kami.

Saya berfikir sejenak, (Apa motif utama dia menjemput kalau begitu banyak sekali alasan diberi?), (Tidakah dia terfikir bahawa perjalanan jarak jauh ini melibatkan kos, tenaga dan benda paling berharga iaitu NYAWA?),(Adakah dia ingat ini merupakan satu GURAUAN?)

Dengan perasaan yang amat kecewa dan perasaan yang amat malu terhadap uncle saya, saya terpaksa menukar semua perancangan beraya dirumah kawan saya dengan melawat tempat-tempat yang menarik di Pekan Bekenu dan kawasan persekitarannya.

Jadi dengan kejadian ini, saya nekad tidak akan mudah menerima perlawaan seseorang melainkan seseorang itu benar-benar serius. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan perjalanan yang agak jauh. Saya ingatkan setelah saya sampai ke destinasi saya akan dijemput, tapi lain pula jadinya.

*Tidakkah ANDA terfikir betapa susah payahnya berkorban demi seseorang yang kita anggap sebagai RAKAN selama ini dengan menunaikan JANJI nya tapi setelah janji tersebut DITUNAI kan, kita pula tidak dilayan dengan sepatutnya( sebagai tetamu). Saya redha dengan semua yang telah terjadi pada saya hari itu. Saya doakan mudahan RAKAN saya itu diberikan lebih banyak ILMU lagi terutama dalam ILMU ADAB terhadap manusia yang digelar TETAMU.

Cukup dahulu setakat ini luahan mahupun catatan saya pada hari ini. Ingat, Tetamu ialah orang yang datang mengziarahi kita. Sebagai tuan rumah kita hendaklah melayan tetamu dengan baik dan beradab. Bukan itu sahaja, Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka. Sekian, wasalam.

Sabtu, 28 Mei 2011

Kepelikan...

Bertudung tapi tidak rupa bertudung....? Apa nak jadi dengan manusia akhir zaman sekarang nie. Kalau tegur salah, tak tegur salah. Nanti kalau ditegur, marahlah,tengkinglah, cakap orang "busy body" lah...adoh. Okay, bagi aku fine saja. At least aku dah buat tugasku. Kepada saudari-saudari yang telah menerima teguran daripada aku, mudah-mudahan anda cubalah untuk berubah. Sekian.

Selasa, 29 Mac 2011

Sunyinya tanpa WANITA

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.



Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. ..
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok.. .
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..
Tapi binalah kepimpinan.. .
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Ahad, 27 Mac 2011

3 years in the future. InsyaALLAH my target is United Kingdom.

Let me introduce to you United Kingdom
The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (commonly known as the United Kingdom, the UK, or Britain) is asovereign state located off the north-western coast of continental Europe. It spans an archipelago including Great Britain, the northeastern part of the island of Ireland, and many smaller islands. Northern Ireland is the only part of the UK with a land border with another sovereign state, sharing it with the Republic of Ireland. Apart from this land border, the UK is surrounded by the Atlantic Ocean, the North Sea, the English Channel, and the Irish Sea.
The United Kingdom is a constitutional monarchy and unitary state. It is a country consisting of four countries: England, Northern Ireland, Scotland, and Wales. It is governed by a parliamentary system with its seat of government in the capital city of London. There are three devolved national administrations, with varying powers in Belfast, Cardiff and Edinburgh, the capitals of Northern Ireland, Wales and Scotland respectively. There are three Crown Dependencies and fourteen overseas territories that are not constitutionally part of the UK.These territories are remnants of the British Empire, which at its height in 1922 encompassed almost a quarter of the world's land surface, making it the largest empire in history. As a result, British influence can still be observed in the language, culture and legal systems of many of its former territories.

Cinta

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarkatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang saya hormati sekalian. Disini saya ingin kongsikan bersama dengan anda dengan topic yang amat hangat dan sering dibualkan dikalangan para remaja pada masa kini. Baiklah, topic perbincangan kita pada hari ini adalah berkenaan dengan “Cinta ataupun Love”. Apa itu cinta? Tak perlu saya jelaskan maksud tersebut. Kerana anda mempunyai jawapannya.

Back to our story,  zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka. Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta.
Kenapa harus bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi.
Ingat 6 perkara sebelum anda terjerumus dalam alam percintaan
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
-Bercinta ini banyak risikonya, antaranya orang kata cinta itu bersatu dan adakalanya membutakan mata. Cinta tidak semestinya bersatu, adakalanya terputus ditengah jalan. Ada yang putus asa. Hilang arah tuju dan yang paling advance, cabut nyawa sendiri. Astargfirullahalazim.
2.  Fikir apa matlamat anda bercinta.
-Adakah untuk mempermainkan hati dan persaan orang? Suka-suka? Terikut-ikut? Untuk mecari pengganti pasangan yang telah pergi?(kalau pasangan yang lama kembali semula? Adakah anda rela diri melepaskan pasangan baru anda yang telah diberi harapan?) Ataupun untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLAH? Anda jawab sendiri soalan tersebut didalam hari anda.
3. Fikir juga kenapa anda bercinta?
-Adakah kerana pangkatnya? Rupa paras yang hensem atau cantik? Harta yang banyak? Agamanya? Kalau kerana agamanya, bagus! Sebab  ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama. Huhuhu.
4. Apa modal untuk bercinta?
-Sedarkah anda? Apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.
5. Berapa lama anda ingin bercinta?
- Sehari dua? Seminggu? Sebulan? Habis belajar? Atau Cinta hingga ke akhirat? Keputusan ditangan anda.
6. Kos bagi yang bercinta.
-Kalau anda bercinta anda akan mengalami perkara seperti masalah duit, masa, hati dan persaan.
Note: Bagi pengetahuan anda,  saya suka mengkaji dan memerhati masalah yang sering dihadapi oleh remaja zaman sekarang dan cuba sedaya upaya membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Bagi sesiapa yang telah pun menerima nasihat ataupun teguran daripada saya, saya harap ia dapat membantu walaupun sedikit. Manakala bagi yang masih dalam status single, kekalkan. Sebab orang cakap bercinta lepas Nikah best ooo. ^_^

Jumaat, 25 Mac 2011

Time table hari Jumaat.

Jam 7.00-8.30 ready-ready nak g kelas. Online kejap sambil minum milo. Jenguk-jenguk kat luar asrama. Cek-cek handphone, neytau ada orang inbox.( malangnya xda alu orang mesej.)
Jam 8.30-10 Lab section. Adoi...memang kucar-kacir alu eh...hohoho. Especially polah Lab section ya. Bising alu bunyi nya. Bingit alu asa telinga. Classmate aku semua busy2...and ada juak nok baru datang. Hehehe.

Jam 10-11.30 Haaa...duduk relax kat dalam bilik sambil online. Cek-cek facebook, neytau ada orang komen kat wall. Dah cek, tapi friend request jak nok ada. So, aku approve. Hohohoho. Friendlist aku naik sebanyak 344 orang. ^_^

Jam 11.30-11.40 sempat lagi g jumpa dengan lecture,padahal objective utama nak g tapau. Hohoho. Ada hikmah juak g jmpa lecture sbb time g jmpanya, kebetulan ada 'keygen' untuk pkei activate Autocad aku, Alhamdulilah.
Jam 11.45-12.00 it's lunch time! Hehehe. Makan nasi campur plus dengan burger sebagai pencuci mulut. Hehehe.

Jam 12.12-12.30 rehatkan diri kejap sbb takut ngantok time Khutbah Jummat kelak.

Jam 12.35-1.00 ah-ha! Time towk lah paling best haritowk! Oh memang BEST! Time-time orang nak g sembahyang Jumaat, time yalah rezeki datang secara mendadak. Time ya juak orang datang print2 assigment. Hohohohoho. Nervous doe time towk. Sbb utama, aku sik dapat dengar khutbah Jummat hari towk. Huhuhu.. sad2..

Jam 1.05-1.15 sengaut alu time towk. Laju2 jalan nak g Masjid An-Naim Lutong. Dua orang kawan ku dah amik air wuduk. Just ku sorang jak blom. Ney gaya, bingung alu asa. Dahlah aher alu time ya, dah qamat dah bilal. Ok-ok. Time towk juak paling best. Ada sorang laki India, laju alu nya kayuh basikal. Tup! Terus g ke tempat amik air wuduk. Apa lagi! Berlombak lah kami 2 amik air wuduk. And the winner is ME! Hahahaha.
Alhamdulilah sempat juak ku menunaikan Sembahyang Jumaat dengan rakan-rakan ku yang lain. Hehehe.

Jam 1.20-1.40 ready barang nak balit ke Istana. Hehehe.

Jam 1.45-3.00 time towk, aku kat JPJ pun office. Wah banyak alu perubahan kat JPJ office ya. Tempat renew lesen dah dipindah kat bawah. Time ku muda2 dolok, nya kat atas bah. Macam-macam jenis manusia ku tengok kat tempat ya. Especially yang kaum hawalah. Hohoho. Dah tua pun masih nampak bergaya. Ish ish ish dunia2..

Jam 3.15-3-50 dah renew lesen, apa gk. Vrooom....vrooom...vrooom. Aku drive kereta. G bank kejap amik $$$$$ pasya g pasar dolok g teman ummi g beli barang. Entah apa-apa nya beli. Hehehe. Then, ku anta nya g SMK St.Joseph untuk tggu adik ku balit dari school.

Jam 3.55-4.10 balit dari St.Jo, terus aku memecut g Masji At-Takwa untuk menunaikan Solat Asar.

Jam 4.15-4.30 selesai jak Solat Asar, aku g celcom center g bayar bil yang tertunggak. Adoi. Hohoho. And kereta ku parking kat Dewan Suarah. Dah bayar bil ku balit g Dewan Suarah.

Jam 4.35-6.00 Ring...ring...ring..telepon ku berbunyi, Oh nampaknya ayah telefon. Nya suroh g amik ummi kat sekolah adik ku yang di St.Jo. Time otw g cya, kereta ku berolah alu! Keluar warning menandakan minyak nak habis. Ya ALLAH....dugaan bena eh. Pas amik adik kat St.Jo, terus g isi perut kereta then g lagi ke SRK St.Jo g amik adik ku nok sorang gk. Hehehe. Then baru lah balit umah. Fuhhh..

Jam 6.00-6.30 persiapkan diri nak Solat Maghrib.

Jam 6.30-8.15 Sembahyang time. Maghrib dan Isyak.

Jam 8.30-12.00 online, mesej(mun juak ada orang nak mesej) tgk2 berita terkini kat web. :D

So,sampai disini sahaja dulu karangan aku.^_^