Jumaat, 1 Jun 2012

Sakit hati yang dah sampai tahap maksima!

Assalamualaikum semua. Aku betul-betul tension an orang itu. Ini dah masuk entah yang keberapa kali sudah dia buat hal kat rumah aku. Sebelum-sebelum ini aku hanya mampu bersabar dan terus bersabar. Aku beri peluang untuk kau berubah tapi kau ulangi juga perkara yang sama. Baik, kali ini aku tak bagi peluang lagi. Sebab tahap kesabaran aku sudah melepasi tahapnya. Aku memang dah betul-betul tak dapat terima lagi perbuatan orang tersebut. Harus diberi pengajaran untuk dia ingat sampai bila-bila.

Kali ini kes yang aku alami sama seperti kejadian sebelum ini, tapi yang kali inilah peristiwa yang paling advance dan aku kerugian yang teramat sekali kerana orang itu. Aku tidak mampu berkata apa lagi. Kali ini aku akan bertindak dengan menggunakan cara apa yang patut. Siapa-siapa pun yang mengalaminya pasti juga akan rasa sakit hati dan sedih. Sebagai contoh, kalau anda kerugian 4 ribu lebih dengan hasil wang anda sendiri. Tak kan anda membiarkan begitu sahaja? Tanpa mengambil sebarang tindakan? Betul tak? Kalau anda tidak mengambil tindakan dan membiarkan ia nya macam itu saja, anda memang hebat! (wa salute sama lu!) Aku juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabarannya yang tersendiri. Selama ini aku hanya berdiam diri dan membiarkan ia nya berlaku begitu saja tapi kali ini aku tidak akan lepaskan orang itu.

Wahai Fulan Si Fulan, aku selama ini hanya membiarkan kau buat sesuka hati saja terhadap aku dan keluarga aku. Baik, aku cuma mampu bersabar dan terima apa yang kau telah buat kat aku pada saat itu. Pada hari ini...mulai saat ini yang bertarikh 1.6.2012 aku akan mula bertindak dan membuat apa yang setimpal dengan apa yang kau telah buatkan pada aku. Ingatlah dengan kata-kata aku ini. Kau beri aku najis...aku beri kau lebih daripada itu. Kau tunggu dan lihat saja apa yang akan terjadi pada diri kau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan