Ahad, 13 Mei 2012

Sarapan pagi


       Jam di handphoneku menunjukan pukul 10.00 pagi. Pada waktu itu aku masih lagi bersembang-sembang dengan kawan-kawan ku. Kawan ku si Faizal datang kearah ku sambil bertanya.
"Bro,, tengah buat apa tu.". Aku pun menjawab. "Takde buat apa-apa pun ni. Tengah download cerita kegemaranku. Mihrab Cinta" Selepas itu satu soalan diajukan sekali lagi tapi kali ini bunyinya agak hampir sedikit dari soalan yang pertama. "Bro tak keluar ke nanti?" Aku menjawab, "Aaa.hari nie aku rasa tak nak keluarlah, malas. Bagus duduk kat rumah." Tidak lama selepas itu handphone ku berbunyi. 1 mesej diterima oleh ku. Tapi aku tidak menghiraukannya sebab aku beranggapan bahawa itu mesej datangnya dari Celcom. Aku selalu terkena kes macam itu. Aku terus menatap komputer ribaku tanpa mempedulikan handphoneku. Tidak sampai seminit, ku mengalihkan pandanganku ke arah handphone ku. Aku berasa lain sekali. Belum sempat ku mencapai handphoneku tiba-tiba daun pintu bilik ku diketuk. Kemudian kawan ku pergi tolong membukakannya untuk aku. Aku tidak mempedulikan kawan ku sebab sibuk nak baca mesej yang ku terima.
       Ku slidekan handphoneku, tekan Menu seterusnya ke Messging dan terus ke Inbox. Alangkah terkejutnya aku apabila mesej yang kuterima dari Si Dia. Ya,Allah apakah ini satu cubaan daripada-Mu kepada aku. Mesej itu berbunyi. "Awak, siap sedia ye. Sebab saye ada surprise untuk awak...kejap lagi saya datang. :D".
      Saat aku habis membaca mesej tersebut, kawan ku bersuara "Itu dia. Lagi duduk melepak dengan komputer ribanya". kata si Faizal sambil senyum memerhatikan aku. Aku tergamam seketika apabila ku melihat seorang gadis berbaju biru muda, tudung labuh, matanya yang berseri, senyumannya yang manis dan wajahnya cantik yang tidak jemuku pandang.
Si Dia "Eh awak tak sedia lagi ke? katanya sambil mengukirkan sebuah senyuman.
Aku "Saya sudah sedia nie. Lagi tengah update status kat Facebook tadi". kataku sambil membalaskan senyumannya.
      Si Dia "Kalau macam itu. Jom kita pergi sekarang. Aaa nanti awak pandu kereta ye. katanya dengan nada manja. Aku cuma mampu menggangukkan kepala. Jauh dilubuk hatiku masih tertanya kemanakah destinasi yang hendak dituju dan apakah kejutan yang ingin diberikan kepadaku.
      Setelah sampai ke destinasi, sebelum keluar dari kereta si Dia berkata sambil tersenyum" Awak, hari nie saya akan bawa awak berjumpa dengan keluarga saya untuk sarapan pagi bersama-sama". Aku begitu terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa. Si Dia berkata lagi "Tenang awak, kita pergi sarapan pagi je pun jangan takut". Aku berkata" Ini ke kejutan yang awak mahu berikan kepada saya tu?" Si Dia membalas sambil tersenyum" Yup. InsyaAllah semuanya akan baik. Ingat tu." Kami pun sama-sama jalan ke ruang restoran yang hendak dituju. Pada saat itu aku melihat dalam restoran itu keadaannya agak menarik.
      "Haa..itu pun mereka sudah sampai...amboi memang secocok sangat mereka berdua ini" kata salah seorang dari meja makan. Kami berdua tersipu malu dengan gurauan yang ditujukan. Tanpa membuang masa Si Dia terus memperkenalkan diriku kepada ahli keluarganya. "Baiklah semua inilah dia insan yang saya ceritakan selama ini. Nama dia Encik Wasli. Encik, sila perkenalkan diri anda Encik Wasli". katanya lagi. Aku menjawab"Eh bukankah sudah diperkenalkan? Semua ahli keluarganya ketawa dengan gelagat kami berdua. Setelah itu kami pun mengambil tempat duduk masing-masing. Maka kami pun mula menjamu selera. Masa tengah menjamu selera aku memerhati setiap wajah ahli keluarga Si Dia. Ya Allah, layakah aku menjadi menantu ahli keluarga ini kata hati kecilku. Semua ahli keluarganya mempunyai latar belakang agama yang agak baik. Aku pun terus memerhati dan tiba-tiba pandangan ku terhenti seketika. Oh itu dia wajah Si Dia...aku melihat Si Dia sibuk makan. Si Dia perasan dan terus tersenyum memerhatikanku. Aku pun membalas juga senyuman Si Dia.
       Setelah selesai menjamu selera kami berdua pun meminta izin untuk pergi. Aku bersalaman dengan ahli keluarga Si Dia. Ahli keluarga Si Dia senang dengan kehadiran ku dan berpesan kepada Si Dia supaya menjemputku makan bersama mereka sekali lagi. Si Dia menjawab"InsyaAllah. Ada jodoh apa salahnya makan bersama sekali lagi". katanya senyum dan memerhatikan ku. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka dan kami berdua pun pergi dari situ.
        "Terima kasih awak sebab menjemput saya sarapan pagi bersama dengan keluarga awak. Ya Allah saya sangat terkejut dengan kejutan yang awak berikan ini." kata ku sambil memerhatikannya.
"Sama-sama wahai bakal suami dan Imamku. Lain kali ada masa awak bawa saya berjumpa dengan keluarga awak ye." katanya sambil tersenyum.
"InsyaAllah awak, baiklah saya terpaksa pergi dulu sebab nak Solat Zuhur. Dah nak masuk waktu ni." kataku kepada Si Dia.
"Baiklah awak." katanya sambil tersenyum.
Sebelum Si Dia pergi, aku berkata "Eh kejap...sini...sini..." Si Dia kebinggungan "Apa dia"? Aku berbisik ke telinga Si Dia "Doakan mudah-mudahan jodoh kita berpanjangan ye". Si Dia terkejut dengan tindakan ku itu kemudian Si Dia menjawab" Amin...amin...amin Ya Rabb".

*cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Lama tak tulis cerita gitu. Hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan