Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah kerana telah memberikan kesempatan untuk kita menjalani kehidupan pada hari ini. Baiklah hari ini merupakan hari yang amat bermakna buat saya kerana buat pertama kali saya mengikut untuk menunaikan Fardu Kifayah.(memandikan mayat) bersama dengan Imam Masjid ditempat saya.
Saya berasa amat "nervous" sekali kerana buat kali pertama memandikan mayat. Sebelum ini, saya hanya belajar teori dan sedikit praktikal. Tapi kali ini saya betul-betul berdepan dengan mayat. Pengalaman pertama yang saya hadapi ketika masuk bilik mayat adalah ketika berhadapan dengan mayat tersebut. MashaAllah, perasaan saya pada masa itu sangat gementar sekali.
|
Bilik Mayat |
Setelah itu, kami terus memulakan proses memandikan mayat tersebut.
|
Antara Ahli yang menguruskan Jenazah |
Setelah selesai dengan mandi, langkah seterusnya ialah mengkafankan mayat tersebut.
|
Hanya sekadar gambar hiasan |
Langkah yang terakhir ialah menyembahyangkan jenazah. Maka kerja kami berakhir disitu sahaja. Tanam-menanam dan yang sewaktu dengannya diuruskan oleh ahli keluarga. Kerana mereka semuanya berasal dari Indonesia.
Pesanan untuk saya dan anda.
Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu, PASTI AKAN MERASAI MATI. Sekian saja daripada saya pada perkongsian pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan