Salam semuanya. Harap anda sihat hendaknya ye? Baiklah hari ini aku tak nak cakap dengan panjang lebar sebab letih sangat. Alhamdulilah semalam aku pergi ke rumah Ustazah untuk memperbaiki dan memantapkan bacaan Al-Quran. Alhamdulilah aku telah dapat kembali rentak bacaan ku dan ada peningkatan dari segi vokal bak kata Ustazah ku. Hehe. Aku gembira dengan perkembangan tersebut. Sebelum tidur aku mengulang kaji bacaanku.
Alang-alang ulang kaji bacaan, aku akan berusaha juga untuk menhafal keseluruhan 30 Juzuk Al-Quran tersebut. InsyaALLAH. Bunyi macam MUSTAHIL bukan? Tapi itu TIDAK mustahil bagiku. Hehe. Aku dapat rasakan setiap kali mendengar bacaan Al-Quran, aku seolah-olah faham akan maksud serta isi kandungan Al-Quran tersebut. Tapi tak berani nak mengulas sebab belum bertauliah. Hehe.
Setakat ini aku hanya menghafal sedikit sahaja surah. Antaranya adalah Surah Yassin dengan Surah Al-Mulk. Yang lain On The Way. Baiklah setakat ini dulu catitan ku hari ini. Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan