Sabtu, 12 November 2011

Hari yang sibuk

Assalamualaikum kepada semua para pembaca(itu pun kalau ada pembaca hehehe), apa khabar anda pada hari ini? Maaflah sebab lama tak update blog sebab sibuk dengan assignment, kelas dikolej dan luar kolej. Tambah lagi dengan masa yang semakin suntuk. Dekat nak final exam.

Baiklah disini saya ingin kongsikan kepada anda tentang beberapa perkara yang telah saya lalui sejak kebelakangan ini. Perkara pertama yang saya ingin konsikan adalah berkenaan dengan Solat. Ya, Solat adalah sesuatu yang amat penting sekali bagi umat Islam. Ianya WAJIB. Adakah anda menjaga Solat anda? Hehehe. Jadi perbaiki Solat anda. Yalah kita ini manusia. Tidak semuanya sempurna. Adanya bocor sana-sini. Eh saya juga mempunyai kelemahan dan kekurangan. Dan masing-masing ada kelebihan. Apa yang penting kita selalu Istiqamah untuk memperbaiki diri sendiri. InsyaALLAH pasti ada perubahan dengan berusaha. Pesanan ini juga ditujukan pada saya terutamanya dan juga para pembaca.

Seterusnya, ada suatu ketika saya termenung dan berfikir seketika dengan melihat alam yang begitu indah sekali. Yang membuat saya kagum apabila saya melihat keindahan ciptaan-Nya seperti awan-awan yang berada diatas kepala kita ini. Sekali pandang, MASHAALLAH begitu indah sekali tanpa ada cacat sedikit pun. Tidak perlu tengok jauh-jauh. Cukuplah sekadar memandang kearah diri kita. Begitu sempurna anggota badannya, raut wajah dan macam-macam lagi.(alhamdulilah) Betapa hebatnya ALLAH mencipta makhluknya. Ingatlah, apa yang ada dimuka bumi ini semuanya milik ALLAH. Kita? urmmm cuma AMAL saja yang akan menemani kita bila kita dikubur. Jadi janganlah kita nak berlagak samseng diatas muka bumi ALLAH ini. (Astargfirullah, ampunilah dosa-dosa kami ini ya ALLAH, kami yang telah leka dengan keindahan dunia yang penuh dengan penipuaan ini dan bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai).

Ingatlah bahawa dunia ini hanya sementara sahaja. Saya selalu memperingatkan diri saya bahawa, hidup kita didunia ini hanya sebagai perantau. Singgah sekejap untuk cari bekalan untuk HARI YANG AKAN DATANG DAN YANG KEKAL ABADI IAITU AKHIRAT. Kalau anda fikir setelah anda mati maka itulah pengakhirannya. Maka anda silap. Sebab selepas kematian didunia, ada lagi kehidupan yang kedua. Dikehidupan yang kedua inilah yang mementukan samada kita berada disyurga atau disebaliknya. Bergantung dengan amalan kita didunia. Renung-renungkanlah.

Baiklah sampai disini dahulu perkonsian yang saya ingin saya sampaikan. Pada masa akan datang saya akan tambah lagi apa yang patut. Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan