Ahad, 27 Mac 2011

Cinta

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarkatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang saya hormati sekalian. Disini saya ingin kongsikan bersama dengan anda dengan topic yang amat hangat dan sering dibualkan dikalangan para remaja pada masa kini. Baiklah, topic perbincangan kita pada hari ini adalah berkenaan dengan “Cinta ataupun Love”. Apa itu cinta? Tak perlu saya jelaskan maksud tersebut. Kerana anda mempunyai jawapannya.

Back to our story,  zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka. Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta.
Kenapa harus bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi.
Ingat 6 perkara sebelum anda terjerumus dalam alam percintaan
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
-Bercinta ini banyak risikonya, antaranya orang kata cinta itu bersatu dan adakalanya membutakan mata. Cinta tidak semestinya bersatu, adakalanya terputus ditengah jalan. Ada yang putus asa. Hilang arah tuju dan yang paling advance, cabut nyawa sendiri. Astargfirullahalazim.
2.  Fikir apa matlamat anda bercinta.
-Adakah untuk mempermainkan hati dan persaan orang? Suka-suka? Terikut-ikut? Untuk mecari pengganti pasangan yang telah pergi?(kalau pasangan yang lama kembali semula? Adakah anda rela diri melepaskan pasangan baru anda yang telah diberi harapan?) Ataupun untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLAH? Anda jawab sendiri soalan tersebut didalam hari anda.
3. Fikir juga kenapa anda bercinta?
-Adakah kerana pangkatnya? Rupa paras yang hensem atau cantik? Harta yang banyak? Agamanya? Kalau kerana agamanya, bagus! Sebab  ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama. Huhuhu.
4. Apa modal untuk bercinta?
-Sedarkah anda? Apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.
5. Berapa lama anda ingin bercinta?
- Sehari dua? Seminggu? Sebulan? Habis belajar? Atau Cinta hingga ke akhirat? Keputusan ditangan anda.
6. Kos bagi yang bercinta.
-Kalau anda bercinta anda akan mengalami perkara seperti masalah duit, masa, hati dan persaan.
Note: Bagi pengetahuan anda,  saya suka mengkaji dan memerhati masalah yang sering dihadapi oleh remaja zaman sekarang dan cuba sedaya upaya membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Bagi sesiapa yang telah pun menerima nasihat ataupun teguran daripada saya, saya harap ia dapat membantu walaupun sedikit. Manakala bagi yang masih dalam status single, kekalkan. Sebab orang cakap bercinta lepas Nikah best ooo. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan