Selamat sejahtera. Baiklah pada hari ini saya ingin kongsikan satu pengalaman yang saya ingat sampai bila-bila dan akan menjadi pengajaran kepada saya sampai bila-bila pun.
Jadi kisahnya bermula begini. Pada pagi yang begitu indah dengan suasana cuaca yang agak panas terik. Saya telah membuat satu perancangan untuk pergi bersiar-siar disekitar kawasan Bandaraya Miri pada pagi itu.
Tapi semua perancangan saya berubah pada masa itu, tidak seperti yang saya jangakan. Saya menerima perlawaan daripada rakan saya yang berada di Bekenu untuk beraya ke rumahnya. Pada mulanya saya menolak. Secara kebetulan pula uncle saya teringin juga pergi ke Bekenu. Jadi saya pun ikut juga kehendak dia. Jadi saya dan uncle pun teruskan perjalanan ke Bekenu.
|
Buah Kelapa Sawit ditengah-tengah Pekan Bekenu |
Setelah kami tiba didestinasi, iaitu Pekan Bekenu, saya pun menghantar pesanan ringkas (sms) kepada rakan saya yang berada di Bekenu. Dengan hasrat yang berkobar-kobar dan harapan yang tinggi saya berharap dapat beraya di rumahnya. Tapi semua itu hanya mimpi disiang hari. Banyak sms telah dihantar kepadanya untuk menyatakan hasrat saya untuk beraya dirumahnya tapi begitu banyak sekali alasan yang diberikan. Nampak gayanya tuan rumah tidak senang dengan kedatangan kami.
Saya berfikir sejenak, (Apa motif utama dia menjemput kalau begitu banyak sekali alasan diberi?), (Tidakah dia terfikir bahawa perjalanan jarak jauh ini melibatkan kos, tenaga dan benda paling berharga iaitu NYAWA?),(Adakah dia ingat ini merupakan satu GURAUAN?)
Dengan perasaan yang amat kecewa dan perasaan yang amat malu terhadap uncle saya, saya terpaksa menukar semua perancangan beraya dirumah kawan saya dengan melawat tempat-tempat yang menarik di Pekan Bekenu dan kawasan persekitarannya.
Jadi dengan kejadian ini, saya nekad tidak akan mudah menerima perlawaan seseorang melainkan seseorang itu benar-benar serius. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan perjalanan yang agak jauh. Saya ingatkan setelah saya sampai ke destinasi saya akan dijemput, tapi lain pula jadinya.
*Tidakkah ANDA terfikir betapa susah payahnya berkorban demi seseorang yang kita anggap sebagai RAKAN selama ini dengan menunaikan JANJI nya tapi setelah janji tersebut DITUNAI kan, kita pula tidak dilayan dengan sepatutnya( sebagai tetamu). Saya redha dengan semua yang telah terjadi pada saya hari itu. Saya doakan mudahan RAKAN saya itu diberikan lebih banyak ILMU lagi terutama dalam ILMU ADAB terhadap manusia yang digelar TETAMU.
Cukup dahulu setakat ini luahan mahupun catatan saya pada hari ini. Ingat,
Tetamu ialah orang yang datang mengziarahi kita. Sebagai tuan rumah kita hendaklah melayan tetamu dengan baik dan beradab. Bukan itu sahaja, Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka. Sekian, wasalam.