Isnin, 24 Oktober 2011

Sabarlah wahai hati

Aku lahir ke atas dunia dengan izin MU,
Lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada,
Para Tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku,
Zaman ku adalah zaman pemerintah Islam tidak lagi berkuasa.

Aku terbit ditengah masyarakat Islam,
Namun Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka,

Namun aku bersyukur kerna masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula.
Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka,
Cuba sedaya upaya menggerakan generasiku yang telah lumpuh ini,
Generasi seusiaku yang sakit.

Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu,
Sibuk dengan cinta yang penuh noda,
Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerna aku juga tidak sempurna,
Namun aku sedar bahwa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna,
Kerna tiada manusia yang terlepas dari dosa dan tugasku adalah berusaha.

Gagal jatuh, dicela tak diterima itu perkara biasa bagiku.
Aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati,
Bukan nilaian harta yang ku cari, bukan juga kerna nama ingin dikenali sebagai insan yang baik dan mulia,

Cukuplah REDHA MU sebagai harga.
Bantulah hamba MU ini dan sedarkanlah semula generasiku Ya Rabb.
Bangunkanlah semula ummat ini.
Aku yakin Islam pasti akan kembali dan aku tak akan berhenti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan