Isnin, 24 Oktober 2011

12 Azab bagi mereka yang meninggalkan Solat


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya. 
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.



Rabu, 14 September 2011

Ikhlas


  • Ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

  • Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
    “ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
    ( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )






  • Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.

  • Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.

Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

(Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )

Selasa, 13 September 2011

Hikmah Sujud

Kelebihan sujud iaitu :

Waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. 

Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggangmembetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  2. Melegakan sakit hernia.
  3. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  4. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  5. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  6. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  10. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
  11. Secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
  13. Mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  14. Mengurangkan kegemukan.
  15. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,
  16. Organ peranakanmudah kembali ke tempat asal
  17. Serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  18. Otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  19. Mengelakkan pendarahan otak
  20. Terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Ada dua kategori kelebihan bersujud iaitu:
1. Dari segi psikologimembuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta. Sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

2. Dari segi perubatanmenambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.