Jumaat, 27 April 2012

Iman

Daripada Abu Hurairah R.anhu meriwatkan bahawa Rasullah S.A.W bersabda: "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La Illaha illallah (Tiada Tuhan yang patut disembah kecuali Allah S.W.T) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang meyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman". (H.R. Muslim)

Sabtu, 18 Februari 2012

Photography

Gambar Kulat

Masa untuk menjamu selera setelah sesi Photography

Koleksi duit syiling

Rabu, 21 Disember 2011

Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah kerana telah memberikan kesempatan untuk kita menjalani kehidupan pada hari ini. Baiklah hari ini merupakan hari yang amat bermakna buat saya kerana buat pertama kali saya mengikut untuk menunaikan Fardu Kifayah.(memandikan mayat) bersama dengan Imam Masjid ditempat saya.

Saya berasa amat "nervous" sekali kerana buat kali pertama memandikan mayat. Sebelum ini, saya hanya belajar teori dan sedikit praktikal. Tapi kali ini saya betul-betul berdepan dengan mayat. Pengalaman pertama yang saya hadapi ketika masuk bilik mayat adalah ketika berhadapan dengan mayat tersebut. MashaAllah, perasaan saya pada masa itu sangat gementar sekali.
Bilik Mayat
Setelah itu, kami terus memulakan proses memandikan mayat tersebut.
Antara Ahli yang menguruskan Jenazah
Setelah selesai dengan mandi, langkah seterusnya ialah mengkafankan mayat tersebut.
Hanya sekadar gambar hiasan
Langkah yang terakhir ialah menyembahyangkan jenazah. Maka kerja kami berakhir disitu sahaja. Tanam-menanam dan yang sewaktu dengannya diuruskan oleh ahli keluarga. Kerana mereka semuanya berasal dari Indonesia.

Pesanan untuk saya dan anda. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu, PASTI AKAN MERASAI MATI. Sekian saja daripada saya pada perkongsian pada hari ini.