Rabu, 13 Jun 2012

Passport dengan Maybank

Asalamualaikum kepada anda semua. Hehehe. Baiklah hari ini aku ingin bercerita sikit dengan urusan yang aku buat dari pagi sampai ke petang.

Pada waktu pagi kira2 jam 10.00 pagi tadi aku ke Jabatan Imigresen Malaysia utk buat passport. Hehehe. Ini kali pertama aku buat passport tau! Masa pegi ke counter pertanyaan, aku tnyalah org kat counter tu. Hehe.
Aku : Encik, kmk nak buat passport pergi ke Brunei Darulssalam. Apa perlu kmk polah ho?
Encik Imigresen : Ktk cuma perlu isi borang, dengan 2 keping gambar passport berserta wang RM50. Ya ajak.
Aku : Oh. Ngamlah tok. Tok nya Encik.
Encik Imigresen : Ok. Kelak kmk aturnya.
Aku : Terima kasih (sambil tersenyum)
Encik Imigresen : Sama2. (senyum)
Jabatan Imigresen Malaysia


Jadi urusan aku dengan Jab. Imigresen pun selesai. Hari Jumaat ini aku kena pergi lagi sbb nak amik passport. Yelah...mcm mana nak ke Brunei kalau takda passport? Hehehe.

Contoh Kad Maybank aku. Kihkihkih.
Selesai urusan aku dengan passport. Kira2 jam 11.15 nak dekat-dekat tengahari mcm tue. Aku ke Maybank. Tujuan aku ke Maybank ni sbb nak buka akaun baru. Hehehe.
Kenapa buka akaun baru??? Ala ada sebablah tue. Mana boleh b'tau. hahaha. Kira2 jam 12.30 baru urusan aku selesai. Penat wei tunggu. Tapi takpa dalam bank ada air-cond. Jadi relax2 je. Hehe. Selesai dgn Bank aku pun balik ke rumah.

The End
*menarik tak cerita aku? Hehehe. Sorrylah sebab lama tak update blog. Sejak kebelakangan ini aku sibuk. Hehehe.

Jumaat, 1 Jun 2012

Sakit hati yang dah sampai tahap maksima!

Assalamualaikum semua. Aku betul-betul tension an orang itu. Ini dah masuk entah yang keberapa kali sudah dia buat hal kat rumah aku. Sebelum-sebelum ini aku hanya mampu bersabar dan terus bersabar. Aku beri peluang untuk kau berubah tapi kau ulangi juga perkara yang sama. Baik, kali ini aku tak bagi peluang lagi. Sebab tahap kesabaran aku sudah melepasi tahapnya. Aku memang dah betul-betul tak dapat terima lagi perbuatan orang tersebut. Harus diberi pengajaran untuk dia ingat sampai bila-bila.

Kali ini kes yang aku alami sama seperti kejadian sebelum ini, tapi yang kali inilah peristiwa yang paling advance dan aku kerugian yang teramat sekali kerana orang itu. Aku tidak mampu berkata apa lagi. Kali ini aku akan bertindak dengan menggunakan cara apa yang patut. Siapa-siapa pun yang mengalaminya pasti juga akan rasa sakit hati dan sedih. Sebagai contoh, kalau anda kerugian 4 ribu lebih dengan hasil wang anda sendiri. Tak kan anda membiarkan begitu sahaja? Tanpa mengambil sebarang tindakan? Betul tak? Kalau anda tidak mengambil tindakan dan membiarkan ia nya macam itu saja, anda memang hebat! (wa salute sama lu!) Aku juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabarannya yang tersendiri. Selama ini aku hanya berdiam diri dan membiarkan ia nya berlaku begitu saja tapi kali ini aku tidak akan lepaskan orang itu.

Wahai Fulan Si Fulan, aku selama ini hanya membiarkan kau buat sesuka hati saja terhadap aku dan keluarga aku. Baik, aku cuma mampu bersabar dan terima apa yang kau telah buat kat aku pada saat itu. Pada hari ini...mulai saat ini yang bertarikh 1.6.2012 aku akan mula bertindak dan membuat apa yang setimpal dengan apa yang kau telah buatkan pada aku. Ingatlah dengan kata-kata aku ini. Kau beri aku najis...aku beri kau lebih daripada itu. Kau tunggu dan lihat saja apa yang akan terjadi pada diri kau.

Sabtu, 26 Mei 2012

Aku Tanpa CintaMu

Asalamualaikum semua. Pada malam ini aku ingin kongsikan sebuah lagu utk anda smua. Rasa-rasanya korang pernah dengarlah. Video? Macam biasa search kat YouTube. Hehe.

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
C/O:
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Tajuk Nasyid : Aku Tanpa CintaMu
Artis : Mirwana
Feat : Jay Jay